Friday 9 November 2012

Majlis Meraikan Kenaikkan Pangkat KUP & Ulangtahun Kelahiran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Pada 6hb november 2012 lepas,telah diadakan majlis untuk meraikan 9 orang penjawat awam yang telah dinaikkan pangkat ke Juruteknik Ukur J22 dari J17.
antara rakan-rakan yang telah yg dirai antaranya En. Rozali,Pn. Siti norazin,Pn. Noriza,Pn. Hafiza,Pn. Ruslina,Pn. Faridah, Cik Nora dan sahabat baik saya
Pn. Lailatulkadar serta seorang lagi,iaitu En. Tuan Ahmad kerana kenaikkan pangkat dr J17 ke J29. Kepada mereka saya ingin mengucapkan Tahniah atas kenaikan pangkat tersebut..moga bertambah semangat dan komited dalam kerja.
Kami telah dijamu dengan hidangan Nasi arab(khabsa) yang telah ditempah lebih awal dari Restoran Halfmoon di serdang.
sebelum jamuan makan,kami beramai2 melakukan solat hajat,bacaan yasin dan kesyukuran untuk anak2 yang hendak mengambil peperiksaan serta untuk rakan taulan yang telah tiada.
selain tu,majlis juga diraikan untuk rakan2 yang ulangtahun kelahirannya pada bulan oktober dan november,dan salah seorangnya adalah saya..hehe


rakan2 yang pergi mengambil pesanan nasi arab

solat hajat dan bacaan yasin

bacaan yasin dan kesyukuran

kek harijadi untuk rakan2 yg dirai

kek harijadi rakan2

kami berkongsi tarikh yg sama iaitu 1 november

rakan yang turut dirai

wakil memotong kek utk rakan2 lelaki yg dirai

rakan2 yang turut meraikan


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah, namun pada masing-masingnya terdapat kebaikan. Bersemangatlah untuk meraih apa yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah.....”

(HR. Muslim [2664]

sekian wassalam

Wednesday 7 November 2012

Majlis Ihtifal (konvokesyen) Tadika PASTI



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Pada tanggal 3hb November lepas yakni hari sabtu,
telah diadakan majlis Ihtifal(graduasi) bagi pelajar-pelajar tadika PASTI
seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis diadakan di Dewan Kolej Islam Zulkifli Muhamad (KUiZM)
Taman Melewar Daerah Gombak.
Majlis dirasmikan oleh Saudara Kamaruzaman Bin Mohamad
(Ketua Dewan Pemuda PAS WP).
Acara dimulakan dengan Nyanyian lagu "Negaraku" dan lagu "PASTI"..
Setelah itu ucapan dari pengarah PASTI WP iaitu Tuan Hj. Abdul Halid Basir kemudian ucapan dan perasmian dari saudara Kamaruzaman Mohamad.
Setelah itu,persembahan hafazan Al-Quran
oleh pelajar PASTI serta persembahan
dari Johan Alam Ria PASTI M'sia
iaitu adik Mohamad Aqil Irfan
mendeklamasikan sajak bertajuk PASTI Al-Ummah.
kemudian bermulalah acara yang ditunggu-tunggu..
penyampaian anugerah dan sijil
buat semua pelajar 5 dan 6 tahun PASTI..
serta anugerah buat pelajar cemerlang dan anugerah2 khas.





Buku Aturcara Majlis


pentas tempat ambil anugerah



syirah di atas pentas



bergambar bersama2 rakan sekelas


Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w
“Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya,
bersamanya malaikat utusan Allah yang baik.
Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap
(berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”

Hadith Riwayat Muslim.


sekian wassalam

Thursday 1 November 2012

Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman A.S.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Nabi Sulaiman A.S. merupakan antara nabi yang yang memiliki mukjizat seperti mampu berkomunikasi dan melihat jin dan sebagainya. Antara mukjizat lain yang diberikan oleh Allah SWT pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah SWT. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.

gambar ihsan pakcik google..


Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.

Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”

Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.

Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang
malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang baik lebih utama.

Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.

Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.

Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.

Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.

Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.

Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”

Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”

Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.

Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendaptan yang lumayan dengan nelayan itu.

Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.

Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”

Gadis tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya.
Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.

Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.

Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannyaditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.

Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.

Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.

Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.

Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.

Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.

Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.

Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.

Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir adalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.

Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya.



sekian wassalam..

Wednesday 31 October 2012

keputusan peperiksaan akhir tahun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Pada tanggal 15hb okt 2012 hingga 18hb okt 2012, diadakan peperiksaan akhir tahun untuk pelajar-pelajar sekolah tadika PASTI.
keputusan peperiksaan tesebut telah diserahkan pada ibubapa melalui pelajar tersebut pada petang semalam..
berdebar juga rasanya nak melihat keputusan anak apatah lagi kanak2 autisme seperti insyirah..
pada awal tahun depan insyirah akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kiaramas di jalan duta...sebagai mamanya..saya berharap dia dapat bersaing dengan pelajar2 lain di sekolah tersebut..moga anak mama tabah dan kuat semangat serta menjadi pelajar pintar dan disegani kelak..
ok la...nilah keputusan peperiksaan akhir tahun insyirah..seorang kanak2 autisme..



kertas peksa insyirah


bahasa melayu-96%
bahasa inggeris-80%
bahasa arab-100%
matematik-85%
al-quran-96%
peribadi muslim-55%
lukisan-B+
jawi-84%
pendidikan sains sosial dan pembangunan insan-90%


Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.
– Hadis Riwayat Muslim

sekian wassalam..

Saturday 22 September 2012

Dera anak!!!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
haha gempak je tajuk n3..kebaboomm jantung baca tajuk n3
kihkihkih sebenar takde ape nak cerita cuma nak tunjuk gambar ni je..
~
~
~
~
~
ni ha anak dara yang ini rajin sesangat nak lipat kain baju..tak disuruh pun nak jugak buat..rajin anak mama ye

haha tak disuruh pun jangan kata mamanya mendera anak lak ye..mamanya ada kat dapur memasak..jenguk2 kat depan anaknya tgh melipat kain..rajin anak mama ni...sayang dania..jadi anak yang solehah ye sayang..

Wednesday 19 September 2012

Jalan-Jalan Penang

 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

      Beberapa bulan yang lepas waktu pulang ke kampung sebelah en asben ,kami berkesempatan berjalan mengambil angin di penang.kami sempat menaiki feri,melihat Pulau Jerejak dan juga Padang Kota.

Kami sekadar berpusing mencuci mata dan mengambil angin laut sambil bergambar kenangan.Sebenarnya ini adalah kali yang keempat kami ke Penang..cuma itu sebelum saya menjadi "Blogger" la..haha

dah banyak perubahan yang terjadi dalam beberapa tahun ini..dah tentunya jambatan keduanya sudah boleh dilihat dan pada hemat saya ianya juga sudah hampir siap..sekejap saja masa berlalu..pejam celik pejam celik dah habis seminggu,sebulan dan setahun..




feri penang
dania pada mulanya takut nak turun..kemudiannya tersenyum riang


syirah,dhia dan dania berlatarkan pulau jerejak

jelas kelihatan jambatan pulau pinang yang digunakan sekarang

bergambar bertiga..hehe

jikalau anda nampak kelihatan jambatan penang kedua yang hampir siap



dania dan mak anjangnya di pesisir Padang Kota

suasana disekitar Padang Kota

sebuah monumen yang berada di Padang Kota

Sebuah Muzium Perkapalan yang terletak berhampiran Padang Kota

Padang Kota