Wednesday 20 June 2012

apa yang menarik tentang cameron highland...

pastinya banyak antara kita yang pernah sampai ke cameron highland..bagi anda ape yang menarik ttg cameron highland...?
selamat datang ke cameron highland...

bagi saya banyak yang menarik..antaranya..ladang tehnya...bunga bungaannya....strawberinya..serta buah2,kaktusnya,sayur sayuran dan mcm2 lagi... 
ladang teh..

dalam banyak2..yang saya tak berkesempatan pergi adalah melawat taman rama2nya...teringin jugak mengulang untuk kesana lagi...teringin nak merasa kesegaran udara dan suasana sejuk di sana lagi...alangkah indahnya ciptaan Allah buat makhluk yang berada di bumi...
cactus2 yang comel..

kalau saya ke sana pasti saya tak akan lupa membeli bunga...haha itu mmg kegemaran saya terutama bunga ros dan anggerik...kalau teh pulak pastinya teh berjenama "Boh"...dari kecil lg mama mmg sukakan teh jenama tersebut...anaknya pun dah terikut2...
ros yang kembang mewangi..

anak2 saya pulak..tak lepas peluang mahukan bantal2 yang berbentuk strawberi,key chain dan topi...
kopak mak ayahnya...hahaha...
bantal2 yang dijual dan di pamerkan..

waktu saya pergi hari tu saya naik cameron ikut benta,lipis kearah sungai koyan dan dari sg koyan ade jalan naik yang landai sedikt dari jalan ikut tapah perak..lg pun jalan dari benta ni tak banyak kenderaan sangat yang ikut..cuma kenderaan dari kelantan yang banyak kelihatan...
tak sah kalau ke cameron tak ke ladang strawberi..

suasananya sangat indah...tak banyak pembangunan di jalan ini...sehinggalah sampai ke puncak...
antara bunga2an yang ada di sana..

teringin nak menjejakkan kaki ke cameron lagi...Insyaallah akan kami usahakan...hehe





Thursday 14 June 2012

result peksa syirah...


salam semua...minggu lepas..sesudah habis cuti sekolah...sampailah kertas2 jawapan periksa syirah hari tu..

syirah belajar 8 mata pelajaran ..antaranya bahasa melayu,inggeris,matematik,jawi,bahasa arab,alquran,peribadi muslim dan pendidikan sosial dan pembangunan insan..

saya tengok soalan2 untuk kanak2 tadika 6 tahun dah macam soalan kita masa darjah  satu @ darjah dua dulu2...
susah juga la...

tulah cabaran kanak2 zaman sekarang...kena lebih usaha dan lebih lagi usaha agar dapat menyaingi kanak2 lain yang lebih cerdik dan bijak...inilah result syirah anakku yang autisme tu...

tahniah buat syirah dari mama moga anakku lebih berusaha dan jadi lebih bijak dan pandai...sayang anak mama


bahasa melayu-95%
bahasa inggeris-72%
matematik-80%
bahasa arab-75%
al-quran-92%
jawi-88%
peribadi muslim-64%
pendidikan sosial dan pembangunan insan-74%

Tuesday 12 June 2012

selamat datang buat "oyen"

Khamis lepas waktu pulang ke rumah tghhari..aku di kejutkan dengan kedatangan seekor kucing manja yang sedang bertenggek depan pintu rumahku...aku tertanya2..siapa punyalah kucing ni...takde lak rantai atau tag pada lehernya...setahu aku di "floor" aku ni tiada jiran2 yang memelihara kucing...


dek kerana kasihankan kucing yang mengiau kelaparan..aku bawaklah kucing ini masuk kerumah dan memberinya makan dan minum...melihat akan kucing ini teringat aku pada kucing yang aku pelihara dahulu.."syepet" namanya...kucing itu hilang 2 minggu sebelum aku berpindah di rumah yang sekarang ni..sedih jugak memikirkannya...sayang syepet...oleh kerana kucing ini tiada yang menuntut atau mencarinya
aku ambil keputusan memeliharanya dan ku namakannya sebagai"oyen' kerana bulunya yang banyak kaler oren..hehe...
inilah "oyen"

amboi sedapnya tidur..terlentang...

Tips asas menjaga kucing

Apabila anda telah membawa kucing pulang bersama anda di rumah, adalah penting untuk kita memastikan keperluan asasnya dijaga. Dalam hidupan liar, kucing menyesuaikan diri terhadap persekitaran dengan cara memburu untuk mendapatkan makanan, mendapatkan keselamatan dengan memanjat pokok serta melindungi diri. Apabila berada di rumah, kucing memerlukan bantuan kita untuk hidup harmoni dalam persekitaran ini.

Jika anda telah menyediakan asas makanan, minuman yang baik dan tempat berlindung, maka anda telah melakukan permulaan yang baik. memantau bagaimana kucing menggunakan kemudahan ini akan memberi gambaran berkenaan keadaan kesihatan kucing itu. Kucing merupakan haiwan yang mempunyai rutin, maka sebarang perubahan terhadap tabiat mereka perlulah di periksa agar tiada masalah kesihatan.

Privasi atau waktu bersendirian adalah amat penting bagi kucing. Walaupun kucing itu sangat sosial dan peramah dengan manusia, mereka masih memerlukan waktu bersendirian. Biasanya privasi ini diperlukan ketika mereka menghias diri dan membuang najis. Sesetengah kucing mahukan privasi ketika makan, tetapi ada juga yang lebih berselera makan jika ditemani tuannya.

Kucing yang suka mengasingkan diri, atau takut berada dikalangan manusia, perlulah diberi ruang untuk bersendirian dalam sehari. Memang benar kita boleh melatihnya untuk menjadi lebih sosial tetapi kebanyakan kucing sebenarnya sangat berwaspada dan berhati-hati secara semulajadi, dan tidak ada latihan yang boleh membuang tabiat itu sepenuhnya.

Ada pemilik pernah memberitahu saya yang mereka fikir kucing mereka mungkin pernah di dera sebelum dipelihara oleh mereka. Tapi dalam banyak keadaan, sebenarnya kucing sememangnya telah dilahirkan dengan sikap yang sebegitu. Kucing yang kelihatan takut, terlalu berhati-hati, lama kelamaan akan belajar untuk mempercayai anda dan jangan terkejut jika kucing itu akan menjadi teman yang sangat akrab, walaupun mereka mungkin tidak akan bermanja dengan orang lain sepertimana anda.

Kucing yang diperkenalkan kepada kucing baru yang lain, atau anjing, atau kanak-kanak di dalam rumah, perlu diberi masa untuk bersendirian. Adalah tidak adil jika anda mahukan kucing itu rasa gembira dan menerima kehadiran orang baru dalam rumah dalam masa singkat. Ini bukanlah naluri kcuing kerana kucing benci kepada perubahan. Mereka lebih gemar sesuatu perkara itu kekal asal sepertimana mereka yang mengubahnya (dan bukan orang lain, termasuk anda!). Kucing memerlukan seminggu hingga sebulan untuk menerima perubahan persekitaran, atau sekurang-kurangnya untuk dia tidak berasa begitu takut.

Apabila kucing itu baru dibawa ke rumah yang mempunyai kanak-kanak, semua orang berasa begitu teruja dan mahu menyentuh dan membelainya. Menjadi tumpuan perhatian bukanlah sesuatu yang digemari oleh kucing. Ibubapa perlu mengawal pengendalian kucing itu dan pastikan ia diberi peluang untuk berehat dan bersendirian.

Memasuki rumah baru memberi tekanan kepada kucing, dan tidak mendapat ruang untuk rehat dan menyendiri akan menambahkan lagi beban tekanan itu. Kucing yang tertekan akan mendapat impak negatif terhadap sistem imunisasinya, binatang tidak seperti manusia yang dapat meredakan tekanan dengan cara bermain gitar, bercuti dan sebagainya.

Maka adalah penting untuknya diberi rehat, sediakan ruang untuknya bersembunyi dan tetapkan peraturan di rumah bahawa setiap kali kucing itu berada dalam tempat persembunyian, maka tiada siapa dibenarkan menyentuhnya. Jika anda tidak dapat memberi ruang itu kepadanya, anda perlu menyediakan carrier dan biarkan kucing itu berada di situ beberapa lama. Carrier seperti itu boleh memberinya rasa selamat dan bersendirian.