Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Friday, 9 November 2012

Majlis Meraikan Kenaikkan Pangkat KUP & Ulangtahun Kelahiran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Pada 6hb november 2012 lepas,telah diadakan majlis untuk meraikan 9 orang penjawat awam yang telah dinaikkan pangkat ke Juruteknik Ukur J22 dari J17.
antara rakan-rakan yang telah yg dirai antaranya En. Rozali,Pn. Siti norazin,Pn. Noriza,Pn. Hafiza,Pn. Ruslina,Pn. Faridah, Cik Nora dan sahabat baik saya
Pn. Lailatulkadar serta seorang lagi,iaitu En. Tuan Ahmad kerana kenaikkan pangkat dr J17 ke J29. Kepada mereka saya ingin mengucapkan Tahniah atas kenaikan pangkat tersebut..moga bertambah semangat dan komited dalam kerja.
Kami telah dijamu dengan hidangan Nasi arab(khabsa) yang telah ditempah lebih awal dari Restoran Halfmoon di serdang.
sebelum jamuan makan,kami beramai2 melakukan solat hajat,bacaan yasin dan kesyukuran untuk anak2 yang hendak mengambil peperiksaan serta untuk rakan taulan yang telah tiada.
selain tu,majlis juga diraikan untuk rakan2 yang ulangtahun kelahirannya pada bulan oktober dan november,dan salah seorangnya adalah saya..hehe


rakan2 yang pergi mengambil pesanan nasi arab

solat hajat dan bacaan yasin

bacaan yasin dan kesyukuran

kek harijadi untuk rakan2 yg dirai

kek harijadi rakan2

kami berkongsi tarikh yg sama iaitu 1 november

rakan yang turut dirai

wakil memotong kek utk rakan2 lelaki yg dirai

rakan2 yang turut meraikan


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah, namun pada masing-masingnya terdapat kebaikan. Bersemangatlah untuk meraih apa yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah.....”

(HR. Muslim [2664]

sekian wassalam

Wednesday, 9 May 2012

x-tiviti: family gathering

hujung minggu lepas..kami berkumpul di kampung beramai2 bersantai di pantai balok..sambil berbbq di tepi pantai...abis sunburn kulit kami anak beranak...hehe..siap menggelupas da kulitku dek kena sunburn...

minggu itu salah seorang family member menyambut hari lahirnya..jadi kami menyambutnya bersama2 dengan penuh kesyukuran...buat adikku selamat hari lahir dan moga bahagia,murah rezeki dan panjang umur...bersama dengan bulan hari ibu kami berpakat menghadiahi mama dengan hadiah kecil dari kami iaitu seutas jam tangan..

adik yang menyambut hari lahir tu menyambut sekali hari jadinya dengan kakaknya dan abah yang tarikh mereka hampir2 dengan yang dirai..itulah family kami...tak tahulah bagaimana dengan family anda..maaf gambar waktu ber bbq tak snap..dengan gambar hadiah jam pun tak snap...lupa plak..

kek secret recipe...terbaek..thumbs up

yang dirai
lebornya anak dara ni senyum..
antara yang ada

comelnya baby zulaikha ni..nak cubit2 je rasa..

Thursday, 1 March 2012

miscarriage (keguguran)

Tanggal 1hb march 2012..saya mendapat berita bahawa adik saya keguguran...saya tergamam membaca msg di kaca telefon tangan..terkedu seketika...krn tidak pernah terlintas akan kehilangan bakal anak saudara kedua saya..pilu rasa dihati bila mengenangkan satu2nya anak saudara lelaki telah tiada...

saya dapat merasakannya..kerana saya juga pernah kehilangan kandungan kedua dulunya..tapi itulah
mungkin ade hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku kerana segala ape pun yang terjadi telah
ditentukan-Nya,,semoga adikku dan iparku sabar dan tabah mengharungi ujian ini...Sabar itu pengukuh iman..wahai hati sabarlah...

gambar janin ketika dalam alam rahim

perkembangan janin dari minggu ke minggu
Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)