Thursday, 1 March 2012

kecur liurku...

baru2 ni waktu pulang ke kampung mertua..mak dan abah mertua beria memasak nak sambut kami dari kuala lumpur ni..masakan pulak dari masakan kampung..kecur liurku...hahaha

kami bergotong royong memasak...aku dan suami kena bakar ikan...hehehe..kami membakar ikan keli..ikan keli tu di beli dari kampung sebelah...kawan bapa mertuaku..selain tu ikan sepat dan puyu juga ada selain ulam ulaman yang di petik di sekeliling rumah aje..suamiku membeli tulang untuk di buat sup...seronok kami makan beramai sambil mengambil angin petang ...

baru nak di bakar..

sedang di bakar..





kukur kelapa...

waktu kecil2 dahulu..saya biasa juga menggunakan kukur kelapa...tetapi zaman sekarang saya dah tak nampak dah penggunaannya dimana2..nostalgia betul..dah lama tak nampak alatan untuk mengukur kelapa ni..zaman sekarang serba serbi mudah..nak yang dah siap diperah pun ade untuk dapatkan santan..

zaman dahulu punyalah susah nak masak lauk yang guna santan sebagai bahannya...hargailah orang2 dahulu yang bersusah payah nak masak untuk anak2 cucunya...hehehe..

rupa2nya mertua masih menggunakannya di kampung...

bapa mertua tengah kukuq nyok



teka teki suka suki





hahaha cuba tengok gambar ni..anda ade nampak tak seekor burung didalam nya..cuba cari...hehehe
                                                                selamat mencuba!!!

miscarriage (keguguran)

Tanggal 1hb march 2012..saya mendapat berita bahawa adik saya keguguran...saya tergamam membaca msg di kaca telefon tangan..terkedu seketika...krn tidak pernah terlintas akan kehilangan bakal anak saudara kedua saya..pilu rasa dihati bila mengenangkan satu2nya anak saudara lelaki telah tiada...

saya dapat merasakannya..kerana saya juga pernah kehilangan kandungan kedua dulunya..tapi itulah
mungkin ade hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku kerana segala ape pun yang terjadi telah
ditentukan-Nya,,semoga adikku dan iparku sabar dan tabah mengharungi ujian ini...Sabar itu pengukuh iman..wahai hati sabarlah...

gambar janin ketika dalam alam rahim

perkembangan janin dari minggu ke minggu
Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)

Tuesday, 28 February 2012

santai time...

Waktu santai minggu lps..saya & enche suami mengimbau kembali waktu kami mula2 berkahwin..jadi kami ke tempat2 di mana kami tinggal sebelum berpindah ke kuala lumpur...

takde ape nak di buat..sbb tu bawak anak2 ke tasik biru,sg buluh..tengok orang main jet ski...


Thursday, 2 February 2012

Naik Sampan

Pada petang Hari Wilayah pulak..kami bawa anak2 ke Taman Tasik Titiwangsa untuk bersantai serta bermain air..Seronok anak2 dapat naik "bot rider"..tapi yang letih mengayuhnya mama dan abahnya la...satu bot disewa rm 3 untuk setengah jam..kami berempat menyewa selama sejam..

baru nak diam

mula2 naik bot..nangis sbb takut..

kakak steady je

pemandangan dari dalam bot

gambar dania tak clear sangat

dania termenung je

baru lps nangis

pemandangan

stesen bot

  
pemandangan

Taman rusa dan kancil

         Pada Pagi Hari Wilayah kelmarin..saya dan enche suami membawa anak berjalan2 disekitar kuala lumpur..kami ke Taman kancil dan rusa yang terletak di Taman Tasik Perdana...anak2 teruja melihat rusa dan kancil bermain. syirah dan dania sempat memberi makan rusa2 tersebut...seronok nampaknya dapat memegang rusa..syirah pulak takut nak memegang rusa...hanya dania yang berani memegang dan menggosok badan rusa yang jinak...

rusa2 ni jinak juga..boleh dipegang

rusa2 yang comel

yang ini agak pemalu..tak mau dipegang


yang bertanduk tu jantan

dania da malas nak berjalan..dah ajak berdukung
 Dah puas tengok rusa anak2 ajak ke taman permainan pulak..tu aktiviti biasa jika cuti hujung minggu..

yang kecik ni suka sangat dengan bunga bungaan..

bermain2 di tepi tasik

buaian berpusing

nak sangat bergambar dgn dinosaur

hehe..sama je dua beradik ni

kakak nya pun suka bunga