Jumaat lepas 9 march 2012..appt syirah dengan doktor pakar kanak2..merujuk pada kes Autism dia tu..
saya dgn enche suami sampai ke sana lebih kurang jam 9 pg...mendaftar di kaunter dan mengambil timbangan berat serta tinggi syirah..kemudian diarahkan menunggu di depan bilik 11..kami dapat nombor giliran 007...hihi macam james bond lak..nombor yang terpamer didepan bilik adalah no.006...lega kerana no.kami slps ini aje...
tidak lama selepas itu..no.005 pulak dipanggil..aduhai..kenalah la tunggu lagi...perut pun da lapar..kami pergi la sarapan dulu... balik dari sarapan..no kami da dipanggil...terus je la masuk ke bilik 11..kami jumpa doktor jill..
Doktor bertanya ttg kelakuan dia,keletah dan telatah dia dirumah serta disekolah..perwatakkan dan cara kelakuan dia..percakapan yang boleh dengan yang tidak..
doktor menguji dia dengan bersembang dengan syirah..bertanya dia dengan soalan2..meyuruhnya melukis..memberinya buku2 berwarna dan bertanya tentang gambar2 didalam buku berkenaan..doktor melakukan observation terhadap syirah..serta memantau kelakuannya...
Doktor jill mengatakan syirah mengidap autism tahap rendah(mild autism)..memiliki otak yang intelligent dan mengelaskannya peringkat "asperger"..syirah di rujukkan ke pakar "speech psycology"..dan dijadualkan bertemu pakar pada bulan mei ini..
|
syirah dan acik su nya |