Wednesday 7 November 2012

Majlis Ihtifal (konvokesyen) Tadika PASTI



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Pada tanggal 3hb November lepas yakni hari sabtu,
telah diadakan majlis Ihtifal(graduasi) bagi pelajar-pelajar tadika PASTI
seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis diadakan di Dewan Kolej Islam Zulkifli Muhamad (KUiZM)
Taman Melewar Daerah Gombak.
Majlis dirasmikan oleh Saudara Kamaruzaman Bin Mohamad
(Ketua Dewan Pemuda PAS WP).
Acara dimulakan dengan Nyanyian lagu "Negaraku" dan lagu "PASTI"..
Setelah itu ucapan dari pengarah PASTI WP iaitu Tuan Hj. Abdul Halid Basir kemudian ucapan dan perasmian dari saudara Kamaruzaman Mohamad.
Setelah itu,persembahan hafazan Al-Quran
oleh pelajar PASTI serta persembahan
dari Johan Alam Ria PASTI M'sia
iaitu adik Mohamad Aqil Irfan
mendeklamasikan sajak bertajuk PASTI Al-Ummah.
kemudian bermulalah acara yang ditunggu-tunggu..
penyampaian anugerah dan sijil
buat semua pelajar 5 dan 6 tahun PASTI..
serta anugerah buat pelajar cemerlang dan anugerah2 khas.





Buku Aturcara Majlis


pentas tempat ambil anugerah



syirah di atas pentas



bergambar bersama2 rakan sekelas


Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w
“Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya,
bersamanya malaikat utusan Allah yang baik.
Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap
(berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”

Hadith Riwayat Muslim.


sekian wassalam

6 comments:

  1. Assalamualaikum

    tahniah Syirah

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam..

    tima kasih tuk..:)

    ReplyDelete
  3. tahniah insyirah, acik ngah bangga dengan insyirah.. insyirah anak yang pandai, yang boleh dibanggakan.. semoga insyirah dapat bersekolah dengan baik nanti bila masuk darjah satu.. sekejap je masa berlalu ye.. :)

    ReplyDelete
  4. tima kasih acik ngah...insyaallah nanti syirah cuba untuk jadi anak yg bijak pandai

    ReplyDelete
  5. tahniah insyirah dah konvo! huhu

    ReplyDelete
  6. hehe tima kasih cik de...kata syirah..huhu

    ReplyDelete