Monday 17 September 2012

Sukan Sekolah PASTI

Beberapa bulan yang lepas,Semua Tadika-tadika PASTI seluruh Wilayah Persekutuan telah mengadakan Hari Sukan.Sebanyak 22 Tadika terlibat pada kali ini termasuklah tadika insyirah.Ianya telah diadakan di Institut Pendidikan berdekatan dengan HUKM,cheras.Oleh kerana syirah juga terlibat dalam sukan tersebut,kami sekeluarga menemaninya ke acara sukan tersebut.Insyirah diarahkan gurunya menaiki bas sekolah yang disediakan bersama pelajar2 yang lain.Insyirah nampak seronok dapat menaiki bas,ini kerana inilah pengalaman pertamanya menaiki bas sekolah.

Ramai sungguh ibu bapa yang hadir sehinggakan tempat parkir yang disediakan telah penuh.terpaksalah kami menapak kerana kereta diletakkan agak jauh sedikit dari institut pendidikan tersebut.

Syirah terlibat dalam acara larian obor dan tiup belon mewakili Tadika PASTI SPPK Segambut.Suasana yang panas tidak membuatkan kami berputus asa demi menyokong dan memberi semangat kepada syirah.walaupun dia kanak-kanak autisme..tetapi kepercayaan gurunya kepadanya haruslah dihargai.

Ketika di sana saya dapat melihat wajah-wajah girang kanak-kanak dan wajah-wajah bangga guru..ada yang tersenyum dan ada yang ketawa,malah ada yang menangis(itu kanak-kanak la)

Majlis bermula dengan ucapan aluan dari Pengarah Pasti Wilayah Persekutuan,kemudian acara perbarisan dari pelajar-pelajar PASTI mewakili tadika masing-masing.setelah itu persembahan silat cekak dipersembahkan kepada penonton.selepas itu barulah acara sukan kanak-kanak,bermula dengan acara larian obor.

persembahan silat cekak

bersedia untuk acara perbarisan

acara perbarisan


kami menonton dari atas pavillion


syirah di hadapan khemah tadikanya

sedang beratur untuk melakukan acara larian obor

sedang beratur untuk acara meniup belon


4 comments:

  1. kiut btul tgk insyirah pkai tudung tu..huhu..smangat dia nk bsukan ek, bguslah tu..huhu

    ReplyDelete
  2. hehe trima kasih nimy..nanti bgtau dia..

    ReplyDelete
  3. seronok bukan main lg insyirah dpt naik bas.. sehari sblm sukan pon pntg nampak bas, dh mula igt bas sekolah nak ambik dia main sukan..

    mknanya dia betul2 suka bersukan.. baguslaa.. cergas tubuh badan, cerdas minda, Alhamdulillah.. ;)

    ReplyDelete
  4. terima kasih pn.hanie...huhu baru tahun ni join sukan..masa tadika 5 tahun..ape pun insyirah tak join...

    ReplyDelete