Sunday, 29 January 2012

kesian

Tenggahhari waktu pulang ke pejabat dari rumah..terjumpa anak burung yang jatuh dari sarang..agaknya jatuh bila di tiup angin..aduhai sedih melihat seekor dari anak burung tersebut dah mati..manakala yang seekor lagi masih bergerak2..anak burung baru menetas je..belum kuat pun kepaknya..tak pandai terbang lagi...sedih hati bila tengok mak burung melilau melihat anaknya..sambil menciak...burung pun sayang anaknya...minta2 janganla ade yang terpijak atau dikacau kucing...sayu hati ni..

anak burung yang jatuh tu..




tiba2 teringat la pulak....

Masa balik kampung di kuantan,pahang hari tu..masa jalan2 di Pantai Sepat..tiba2 ternampak sebatang pokok yang merendang dan menyenget je rasanya pokok gajus kot..hehehe..bila tengok pokok tu terusla saya teringat masa zaman kecik2 dulu..saya ni boleh tahan gak la lasaknya..suka sangat memanjat dan bermain ngan kawan2 tak kira lelaki perempuan semuanya sama naik je..

bila teringat rasa nak gelak pun ade..zaman tu ape pun tak takut..lintah..pacat ke..lipas pun semua buat main je..hahaha..berkubang dalam paya pun sanggup...klaka je rasanya..sampai time nak pergi sekolah mak cari...punya culas nak pergi skolah..reban ayam pun sanggup masuk sbb nak nyorok punya pasal...


nilah pokoknya..nostalgia betul..

saya ni anak sulung..kadang2 mak marah sbb bawak adik2 sekali berkubang..huhu...kena marah pun tak serik..rumah masa kecik dulu kat tepi pantai..ke darat sikit tu ade paya..adik saya tu takut lintah..last2 saya kena buang...tapi kalau tanya sekarang ni..lintah dll tu dah tak boleh nak dipegang da..geli beb...
simpang malaikat 44...huhuhu...taknak den pegangnya...

source-internet
kadang2 saya ngan kawan2 memancing ikan kat paya tu..selalunya dapat ikan haruan la...hehehe
budak2 mancing pun suka2 je..

cth je..source-internet



fal~sampah..berkarat hehehe

Takdir kadang² MEMPERTEMU KAN kita dengan SESUATU yang tidak diundang, MEMBERI apa yang tidak dirancang,
MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan...
Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan arti perkenalan,
menyulam arti kasih sayang,
menanam arti persahabatan,
menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan,
menyemai benih keakraban,
serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT,
siapa KAWAN
dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episode kehidupan..
 
 

Ke Klinik Pergigian Paediatric

Pada 21hb januari 2012..anak keduaku dania jatuh tersembam di rumah..lepas keluar dari bilik air...mendengar anakku menangis aku menjenguk dan melihat darah keluar dari mulut dengan sangat banyak..
aku dah panik tak tau nak buat ape..just lap2 je darah yang keluar..tak lama lepas tu enche suami balik dari kerja..dan membawa anak ke kecemasan hospital kuala Lumpur..anakku di bawa ke wad separa kritikal (Immediate care)..kami disuruh menunggu sehingga doktor sampai..2 jam menunggu akhirnya doktor yang ditunggu sampai..anakku diperiksa dan gusinya dijahit kerana gusinya telah koyak dan 2 giginya telah terperosok kedalam..gusinya telah dijahit dgn 3 jahitan...berdebar aku..tak tahu bagaimana rasanya..resah gelisah..risau dan macam2 lagi..depan mata aku anakku dijahit gusinya...kesian anakku dania..

Hari ini 27hb januari 2012 Dr.asma menetapkan tarikh ini untuk berjumpa dania bg melihat gusi dania yg telah dijahit..aku berdebar2..takut juga..apelah yang nak dibuat pada anakku..appt. pada jam 9 pagi..enche suami cuti pada hari ni untuk menemani anakku..setelah sampai dan mendaftar..kami duduk2 sebentar sebelum nama dania dipanggil pada jam 10.30 pg..di tempat menunggu macam2 permainan dan anak patung serta bahan bacaan disediakan untuk kanak2..anakku mulanya ceria melihat rakan2 sebaya dan teruja juga dgn pelbagai mainan dan buku..waktu namanya dipanggil muka dia dah macam nak menangis...masuk je bilik doktor terus menangis...doktor just cuci gigi dan melihat jahitan dia..katanya jahitan tak boleh dibuka lagi kerana luka belum tertutup sepenuhnya..appt ditetapkan lg 2 minggu..anakku diberi belon agar tidak menangis...


inilah dania

Friday, 27 January 2012

Apa itu Disleksia?

Disleksia adalah gangguan belajar yang memanifestasikan dirinya sebagai kesulitan dengan membaca, ejaan dan dalam beberapa kasus matematika. Hal ini terpisah dan berbeda dari kesulitan membaca hasil dari penyebab lain, seperti kekurangan non-neurologis dengan penglihatan atau pendengaran, atau dari membaca instruksi yang buruk atau tidak memadai.
Diperkirakan bahwa disleksia mempengaruhi antara 5% dan 17% dari penduduk AS.
Disleksia dianggap hasil dari cacat neurologis / perbedaan, dan meskipun bukan cacat intelektual, cacat bahasa, antara lain.
Ada banyak definisi dari gangguan disleksia disebut''''namun tidak ada konsensus.
Federasi Dunia Neurology disleksia didefinisikan sebagai berikut:
''Disleksia perkembangan khusus adalah gangguan dimanifestasikan dengan kesulitan belajar membaca meskipun instruksi konvensional, kecerdasan yang memadai, dan kesempatan sosial budaya yang memadai. Hal ini tergantung pada cacat kognitif mendasar yang sering asal konstitusional.''
Beberapa definisi lain yang sudah diterbitkan adalah murni deskriptif, sementara yang lain mewujudkan teori-teori kausal. Dari berbagai definisi yang digunakan oleh peneliti disleksia dan organisasi di seluruh dunia, tampak disleksia yang tidak satu hal tapi banyak, sejauh ia berfungsi sebagai konseptual kliring-rumah untuk sejumlah defisit keterampilan membaca dan kesulitan, dengan sejumlah penyebab .
Castles dan Coltheart, 1993, menggambarkan jenis fonologis dan permukaan disleksia perkembangan dengan analogi klasik subtipe disleksia diperoleh (Alexia) yang diklasifikasikan menurut tingkat kesalahan dalam membaca non-kata. Namun perbedaan antara permukaan dan disleksia fonologi belum menggantikan terminologi empiris lama dibandingkan jenis dysphonetic dyseidetic disleksia. Perbedaan permukaan / fonologi hanya deskriptif, dan tanpa asumsi setiap etiologi untuk mekanisme otak yang mendasari, dalam kontras perbedaan dysphonetic / dyseidetic mengacu pada dua mekanisme yang berbeda: - satu berhubungan dengan defisit speech discrimination, dan yang lain untuk visual gangguan persepsi.
Kebanyakan orang dengan disleksia yang memiliki jenis Dysiedetic Boder, memiliki kesulitan attentional dan spasial yang mengganggu proses akuisisi membaca.
Tidak ada obat untuk disleksia, namun disleksia individu dapat belajar membaca dan menulis dengan dukungan pendidikan yang sesuai.
Untuk sistem penulisan alfabet, tujuan mendasar adalah untuk meningkatkan kesadaran anak korespondensi antara grafem dan fonem, dan menghubungkannya ini untuk membaca dan mengeja. Telah ditemukan bahwa latihan fokus terhadap bahasa visual dan isu-isu ortografi hasil keuntungan tahan lama dari pelatihan fonologis hanya lisan.

Tuesday, 24 January 2012

Ayuh mari kita kenali kanak-kanak Autisme


Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal. Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.
Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.
Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.
Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.
Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.
Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.

Ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah:
a) Tidak mampu bersosial
Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:
<            -->Tidak menghiraukan orang lain.
              -->Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
              -->Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
              -->Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).
              -->Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.
              -->Lebih suka bermain sendiri.
]             -->Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi
      -->Lambat bercakap.
      -->Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
      -->Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
      -->Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
      -->Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).
      -->Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.
      -->Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan         mereka kedengaran seperti orang dewasa.

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan
        -->Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.
        -->Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.
    -->Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.
     -->Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.
     -->Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
     -->Tidak boleh duduk diam.
     -->Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa

d. Masalah tingkah laku
      -->Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.
      -->Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.
      -->Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.
     -->Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati.
Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya.
Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.
“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka.
Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. 
“Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran.
Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan
,” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi.
Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik.
Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.

Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.

Panduan membentuk hubungan social

Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah lagi.
Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh menjemput kawan datang ke rumah. Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli.
“Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai kawan.
“Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda boleh bermain dengan anak. Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi.
“Kaedah lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah,” katanya.
Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah atau betul.
Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau carta markah bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan, terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun).
Sebagai ibu bapa, anda juga perlu menjadi ‘model’ dan kawan kepada anak, terutama apabila mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme mula ada minat sama dengan rakan sebaya.
Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak autisme ‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.
Pada umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina.
“Kanak-kanak autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian akademik juga lemah.
“Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti berkumpulan serta membuat sistem mentor,” katanya.
Perlu diingat, bukan semua anak autisme ada masalah pembelajaran. Ada yang cerdas otaknya seperti kanak-kanak yang alami Sindrom Asperger. Bagi yang tidak berjaya dalam hubungan sosial, pencapaian akademik menjadi agenda penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak autisme.
Corak pemikiran dan pembelajaran mereka berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka ada kemahiran memahami logik, dapat mengingat sesuatu secara terperinci dan boleh menyusun fakta secara sistematik.
Masalah sering dihadapi golongan ini ialah pencapaian akademik tidak konsisten kerana mereka mengalami kesukaran memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang perlukan penumpuan fikiran.
Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak bercakap dan pandai memberi alasan. Kemahiran ini bertambah jika mereka rajin membaca dan sifat ini membolehkan mereka bersembang panjang dari satu topik ke topik lain.
Bagaimanapun, kata Underwood, kira-kira 75 peratus kanak-kanak Sindrom Asperger juga mengalami Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk menumpukan perhatian, mudah terganggu dan sukar mengingat fakta penting.
Yang boleh dilakukan ibu bapa ialah menggaris atau menandakan maklumat penting, memberi tugasan pendek (atau pecahkan satu tugasan kepada beberapa bahagian untuk membentuk sifat tanggungjawab), sentiasa memantau perkembangan anak dan memberi maklum balas secara aktif bagi mengekalkan daya tumpuan anak.
“Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid autisme, minta pelajar tulis pesanan atau buat senarai kerja rumah. Ibu bapa juga boleh bekalkan anak dengan kaset rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan. Kaedah ini boleh membantu pengurusan dan pembelajaran anak autisme.
“Apabila semakin besar, kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu diejek atau ditertawakan rakan sebaya. Mereka perlu diajar menerima kesalahan dan jika mereka melakukannya, ia perlu diberitahu secara lisan dan ajar cara betul membuat sesuatu perkara.
“Anak autisme juga cepat berasa panik dan resah. Beritahu mereka bertenang adalah langkah bijak. Lebih cepat mereka bertenang, lebih mudah sesuatu masalah dapat diselesaikan.
“Mempunyai anak autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan sebaik orang normal dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling penting, ibu bapa jangan berputus asa dan sentiasa berdoa untuk kebaikan anak,” katanya.”

Mandi Manda di Hotspring Sg. Klah Sungkai..



 Cuti2 tahun baru cina ni tak tahu nak buat ape..so bincang dgn enche suami..dan plan ngan adik2 dan iparduai so kitaorang wat keputusan pegi mandi manda di hotspring sg.klah di sungkai...kami pergi 3 biji kete...kami bertolak pepagi ahad sblm kul 7 pg...berkumpul di restoran jejantas di sg.buluh sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi..dari rumah dah bawak bekalan makanan..saya pakat2 ngan adik bawak makanan sikit2 sorang..takde ape pun just bihun goreng,cekodok bilis,sandwish tuna,fish ball,meatball n nasi goreng cina..airnya teh o,100 plus dan air mineral..+ makanan ringan..itu jelah juadah kami..




welcome...

location map..


nak masuk kena pakai gelang...
tu tempat mandi air panas

adik2 n ipar duai menjamu selera

tempat mandi utk air panas
makan2 time..da penat main air
anak yg autisme ni mmg suka sangat la main air..
ni la tempat air panas bertingkat..budak2 tak digalakkan dekat




happening gak la tempat tu sesuai tuk wat tempat berkelah dan tempat tuk tenangkan fikiran..seronok tgk pelbagai lagak dan gaya orang main air..anak2 saya lagilah mmg teruja sangatlah main air..enche suami pun sama...kat sini ade dua tempat mandi  satu tempat mandi air panas dan satu lagi air dari gunung(air sejuk)...anak saya..taknak mandi air panas...so kami lebih banyak kat air sejuk je la...hehehe..gambar tempat air sejuk tak ambil sbb tak bawak kamera masa tu..hehehe sbb tukang amik gambar pun nak berendam...hehehe..yihaa..jom berendam...

gambar diceduk dr ipohchai.com-kolam air gunung..utk kanak2

kolam air gunung-hanya utk dewasa

gelungsur air

jom rebus telur..

sedang merebus...nyum nyum...


Thursday, 19 January 2012

Cinta suci @ Cinta nafsu

rasa cinta sesama manusia adalah suatu perasaan atau suatu rasa yang suci..tetapi banyak orang yang telah mencemarkannya dengan mencampurkannya dengan cinta yang berlandaskan nafsu semata..banyak yang saya perhatikan pasangan zaman sekarang yang bercinta hanya utk memuaskan nafsu mata..nafsu hati..ntahla..dunia makin hampir ke akhirnya...bila memikirkannya saya jadi takut..bila memikirkan nasib anak2 pada masa depan..Ya Allah..kau jauhkanlah perkara2 mungkar dari anak2ku...kau lindungilah anak2ku dari segala ancaman dan kejahatan dunia hari ini dan akan datang...amin..
cth je..
cth je..

just me..

hye there..
assalamualaikum..
saje create blog ni sebab saya ni jenis yang suka suki merapu2..tapi tula dah itu mmg diri saya
haha saya bukan jenis yang hipokrit mcm sesetengah orang..anyway...thanks la sbb sudi gak singgah kat wall ni..ape yek nak merapu lagi..ha satu lg..saya ni ade anak yang autisme..tgh sedih gak..bila tengok perkembangan anak yang tak normal cam anak org lain..tapi hidup kena lah teruskan dan kena terima kenyataan ye dak...so..saya cubala solve the problem..cuba cari maklumat ttg penyakit tu then cuba cari penyelesaian..