Sunday, 29 January 2012

Ke Klinik Pergigian Paediatric

Pada 21hb januari 2012..anak keduaku dania jatuh tersembam di rumah..lepas keluar dari bilik air...mendengar anakku menangis aku menjenguk dan melihat darah keluar dari mulut dengan sangat banyak..
aku dah panik tak tau nak buat ape..just lap2 je darah yang keluar..tak lama lepas tu enche suami balik dari kerja..dan membawa anak ke kecemasan hospital kuala Lumpur..anakku di bawa ke wad separa kritikal (Immediate care)..kami disuruh menunggu sehingga doktor sampai..2 jam menunggu akhirnya doktor yang ditunggu sampai..anakku diperiksa dan gusinya dijahit kerana gusinya telah koyak dan 2 giginya telah terperosok kedalam..gusinya telah dijahit dgn 3 jahitan...berdebar aku..tak tahu bagaimana rasanya..resah gelisah..risau dan macam2 lagi..depan mata aku anakku dijahit gusinya...kesian anakku dania..

Hari ini 27hb januari 2012 Dr.asma menetapkan tarikh ini untuk berjumpa dania bg melihat gusi dania yg telah dijahit..aku berdebar2..takut juga..apelah yang nak dibuat pada anakku..appt. pada jam 9 pagi..enche suami cuti pada hari ni untuk menemani anakku..setelah sampai dan mendaftar..kami duduk2 sebentar sebelum nama dania dipanggil pada jam 10.30 pg..di tempat menunggu macam2 permainan dan anak patung serta bahan bacaan disediakan untuk kanak2..anakku mulanya ceria melihat rakan2 sebaya dan teruja juga dgn pelbagai mainan dan buku..waktu namanya dipanggil muka dia dah macam nak menangis...masuk je bilik doktor terus menangis...doktor just cuci gigi dan melihat jahitan dia..katanya jahitan tak boleh dibuka lagi kerana luka belum tertutup sepenuhnya..appt ditetapkan lg 2 minggu..anakku diberi belon agar tidak menangis...


inilah dania

2 comments: