Ibu
bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan
berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak
anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.Anak
autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik,
mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.Walaupun
kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui
pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih
berjaya daripada individu normal. Dunia
kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang
bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’,
sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau
melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.Autisme adalah gangguan
perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi,
kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad
dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.
Dianggarkan
satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik
menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme.
Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami
autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan
sekeliling, kecuali diri sendiri.
Hampir
70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza.
Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi,
berkomunikasi dan tingkah laku.
Kekurangan
dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain,
tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara
spontan.
Pun
begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada
yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan
Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu
sejenis autisme.
Individu autisme menunjukkan perlakuan
yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.
Ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah:
a) Tidak mampu bersosial
Perkembangan sosial kanak-kanak autisme
sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya
dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:
< -->Tidak menghiraukan orang lain.
-->Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran
orang lain.
-->Tidak mahu bertentang mata atau
menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
-->Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk
atau dipegang).
-->Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu
giliran.
-->Lebih suka bermain sendiri.
] -->Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.
b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi
-->Lambat bercakap.
-->Mempunyai masalah bercakap dan memahami
percakapan orang.
-->Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
-->Bercakap dalam nada pelik — seperti
menyanyi atau bercakap macam robot.
-->Sukar memulakan percakapan. Kalau
berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).
-->Mungkin mengulang perkataan sama,
tetapi tidak faham maksudnya.
-->Kanak-kanak autisme dengan sindrom
Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti
orang dewasa.
c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan
-->Suka melakukan perkara sama (berulang)
dan tidak mahu menerima perubahan.
-->Mereka mudah terganggu jika disuruh
melakukan perubahan.
-->Menunjukkan minat pelik, contohnya
terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan
memutar objek.
-->Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan
bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.
-->Mempunyai pergerakan badan yang pelik
dan melakukannya berulang-ulang.
-->Tidak boleh duduk diam.
-->Menunjukkan keinginannya dengan tangan
orang dewasa
d. Masalah tingkah laku
-->Suka mengasingkan diri — biasanya
kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk,
marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang
merosakkan seperti mencederakan diri.
-->Bersikap pasif — tidak faham keadaan
semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya
terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.
-->Tidak tahu bersosial — jika melakukan
kesalahan, ia sangat mudah dikesan.
-->Aktif tetapi berperangai pelik —
kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan
biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.
Memiliki
ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar
didekati.
Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan
kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya.
Lebih
mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.
“Kanak-kanak
autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu
cara mendekati mereka.
Oleh
kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial,
perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada
kanak-kanak normal.
“Bagaimanapun
melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan
berjaya dalam pelajaran.
Malangnya
kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme
membesar di bawah paras kemampuan
,”
kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon
pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan
Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika
bayi lagi.
Bagaimanapun,
biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga
tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan
pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik.
Golongan
ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan
pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.
Katanya,
lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya
disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian,
kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan
khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa,
bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.
Panduan membentuk hubungan social
Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah lagi.
Oleh
kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh menjemput kawan
datang ke rumah. Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat
mengelak mereka menjadi mangsa buli.
“Setiap
kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang
mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan mula
menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih susah
berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada kecenderungan meniru
perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai kawan.
“Yang
ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang
dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda
boleh bermain dengan anak. Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran
dan berinteraksi.
“Kaedah
lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme ada
masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah,”
katanya.
Pada
masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika
anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah
atau betul.
Sebaliknya,
galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau
carta markah bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha
berkawan, terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun).
Sebagai
ibu bapa, anda juga perlu menjadi ‘model’ dan kawan kepada anak, terutama
apabila mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme
mula ada minat sama dengan rakan sebaya.
Ketika
ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak
autisme ‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.
Pada
umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen
seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada
ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri
mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina.
“Kanak-kanak
autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka
masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang
dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian
akademik juga lemah.
“Walaupun mula pandai berkawan tetapi
dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar
sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan
ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti
berkumpulan serta membuat sistem mentor,” katanya.
Perlu diingat, bukan semua anak autisme
ada masalah pembelajaran. Ada yang cerdas otaknya seperti kanak-kanak yang
alami Sindrom Asperger. Bagi yang tidak berjaya dalam hubungan sosial,
pencapaian akademik menjadi agenda penting untuk meningkatkan keyakinan diri
anak autisme.
Corak pemikiran dan pembelajaran mereka
berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka ada kemahiran memahami logik, dapat
mengingat sesuatu secara terperinci dan boleh menyusun fakta secara sistematik.
Masalah sering dihadapi golongan ini ialah
pencapaian akademik tidak konsisten kerana mereka mengalami kesukaran
memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang perlukan penumpuan fikiran.
Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak
bercakap dan pandai memberi alasan. Kemahiran ini bertambah jika mereka rajin
membaca dan sifat ini membolehkan mereka bersembang panjang dari satu topik ke
topik lain.
Bagaimanapun, kata Underwood, kira-kira 75
peratus kanak-kanak Sindrom Asperger juga mengalami Gangguan Daya Tumpuan dan
Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk menumpukan perhatian, mudah
terganggu dan sukar mengingat fakta penting.
Yang boleh dilakukan ibu bapa ialah
menggaris atau menandakan maklumat penting, memberi tugasan pendek (atau
pecahkan satu tugasan kepada beberapa bahagian untuk membentuk sifat
tanggungjawab), sentiasa memantau perkembangan anak dan memberi maklum balas
secara aktif bagi mengekalkan daya tumpuan anak.
“Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan
guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid autisme, minta pelajar tulis pesanan
atau buat senarai kerja rumah. Ibu bapa juga boleh bekalkan anak dengan kaset
rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan. Kaedah ini boleh membantu pengurusan
dan pembelajaran anak autisme.
“Apabila
semakin besar, kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu
diejek atau ditertawakan rakan sebaya. Mereka perlu diajar menerima kesalahan
dan jika mereka melakukannya, ia perlu diberitahu secara lisan dan ajar cara
betul membuat sesuatu perkara.
“Anak
autisme juga cepat berasa panik dan resah. Beritahu mereka bertenang adalah
langkah bijak. Lebih cepat mereka bertenang, lebih mudah sesuatu masalah dapat
diselesaikan.
“Mempunyai
anak autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan
sebaik orang normal dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling
penting, ibu bapa jangan berputus asa dan sentiasa berdoa untuk kebaikan anak,”
katanya.”
No comments:
Post a Comment